Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Umumkan Versi “Extended” Spider-Man: Far From Home Akan Ditayangkan Dipawagam

Ura-ura mengenai tayangan versi “extended” Spider-Man: Far From Home akhirnya terjawab apabila Sony Pictures mengumumkan bahawa versi “extended cut” akan menemui penonton dipawagam pada hujung bulan ini.

Tayangan tersebut bertujuan bagi menyambut kejayaan filem Spider-Man: Far From Home yang menjadi filem paling laris yang pernah diterbitkan studio Sony.

Versi “extended” itu akan menyaksikan pertambahan rakaman selama empat minit termasuklah babak-babak aksi yang tidak pernah dipertontonkan kepada peminat. Tayangan semula itu akan bermula pada 29 Ogos ini sehingga 5 September.

Filem sekuel Spider-Man itu telah ditayangkan pada 28 Jun yang lalu dan pantas menambat hati penonton apabila berjaya meraih $500 juta dolar seluruh dunia pada minggu pertama tayangannya dan kini telah mengumpul sebanyak $1.110 billion dolar.

Setakat ini tidak diketahui sama ada versi “extended” ini akan ditayangkan di Malaysia ataupun tidak. Buat peminat-peminat tempatan, nanti pengumuman dari syarikat-syarikat panggung wayang tempatan.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment