Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Umum Tarikh Tayangan “Spider-Man: No Way Home Extended Cut”

Nampaknya peminat bakal melihat lebih banyak aksi Spider-Man apabila versi potongan lanjutan Spider-Man: No Way Home ditayangkan semula di pawagam pada 2 September 2022. 

Potongan lanjutan untuk filem itu, yang secara rasmi bertajuk Spider-Man: No Way Home: The More Fun Stuff Version, dihasilkan sempena meraikan watak Spider-Man, yang kini sudah berusia 60 tahun. 


 Dalam video yang disiarkan di akaun Twitter filem itu , pelakon Tobey Maguire, Tom Holland, dan Andrew Garfield — yang semuanya pernah memainkan watak Spider-Man dan muncul dalam filem No Way Home bersama-sama — mengumumkan berita gembira itu, bersama-sama dengan video klip ringkas salah satu dari adegan potongan lanjutan.

Buat masa ini tidak dipastikan berapa banyak babak tambahan akan dimasukkan dalam versi potongan lanjutan. Sony dikhabarkan memiliki banyak babak yang dipotong dana rakaman yang tidak dimasukkan dalam filem asal, yang mana jika digabungkan semua ia akan berdurasi selama 148 minit. 

Selepas prestasi cemerlang di box office dan pujian yang diterima, nampaknya Sony dan Marvel Studios bersedia untuk berkongsi versi filem yang lebih panjang.

Spider-Man: No Way Home diterajui Tom Holland sebagai Peter Parker/Spider-man, bersama-sama Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Diarahkan oleh Jon Watts dari skrip yang ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers, filem ini turut dibintangi Zendaya, Jacob Batalon, Marisa Tomei, Jon Favreau, Tony Revolori, dan Hannibal Buress (Tag) bersama-sama alumni “Sony Spider-Man Universe”, Andrew Garfield, J.K. Simmons, Alfred Molina, Willem Dafoe, Jamie Foxx, Thomas Haden Church, dam Rhys Ifans.

Spider-Man: No Way Home kini telah mengumpul AS$1.8 billion seluruh dunia. Buat masa ini tidak bila tarikh tayangan untuk pasaran Malaysia. 

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment