Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Umum Tarikh Baru SPIDER-MAN 3

Sony Pictures akhirnya terpaksa mengalah dengan pandemik koronavirus apabila terpaksa menukar tarikh tayangan filem ketiga Spider-Man. Filem yang dijadualkan tayangannya pada 15 Julai 2021 terpaksa ditunda 4 bulan lebih lewat iaitu pada 5 November 2021.

Awal minggu ini, Sony telah menukar tarikh tayangan Venom: Let There Be Carnage dari Oktober 2020 ke 25 Jun 2021.

Berdasarkan perjanjian diantara Disney dan Sony, Spider-Man 3 akan menjadi filem terakhir Tom Holland sebagai Spider-Man MCU. Namun begitu, perjanjian tersebut berpotensi untuk diperbaharui dan mengekalkan Spider-Man dalam MCU.

Holland dan Zendaya akan kembali dalam filem akan datang. Dijangkakan juga pelakon Jacob Batalon dan Marisa Tomei akan kembali meneruskan watak masing-masing. Spider-Man 3 akan diarahkan Jon Watts manakala Kevin Fiege dan Amy Pascal menjadi penerbit eksekutif.

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment