Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Umum Tarikh Baru Don’t Breathe 2 & Ghostbusters: Afterlife


Sony Pictures telah menyusun semula tarikh tayangan dua filem terbarunya. 

Sekuel Don’t Breathe kini ditetapkan tarikh tayangannya pada 13 Ogos 2021, manakala filem Ghostbusters: Afterlife telah dianjak tiga bulan, iaitu dari 5 Mac 2021 ke 11 Jun 2021. 

Tarikh baru itu menyaksikan Don’t Breathe 2 berentap dengan filem terbitan 20th Century Studios, Deep Water manakala Ghostbusters: Afterlife akan membuka tayangannya seminggu sebelum tayangan filem terbitan Warner Bros., In The Heights. 

Diarahkan oleh Rodo Sayagues, Dont’T Breathe 2 akan ditetapkan beberapa tahun selepas pencerobohan rumah yang berlaku dalam filem pertama, dan menyaksikan lelaki buta itu mula dihantui dosa lampaunya.

Berdasarkan butiran sinopsis dari Bloody Disgusting, Blind Man (Stephen Lang) telah bertahun-tahun bersembunyi di kabin terpencil, dan mengambil serta membesarkan seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi yatim piatu selepas kejadian kebakaran rumah. Kehidupan mereka yang tenang bertukar menjadi menakutkan apabila kanak-kanak itu diculik, dan memaksa Blind Man keluar dari tempat persembunyiannya untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.


Filem pertama Don’t Breathe menjadi filem paling sukses pada 2016 apabila berjaya meraih $157 juta dolar dari kos pembikinan sebanyak $10 juta. Dibintangi Jane Levy, Dylan Minnette, Daniel Zovatto dan Stephen Lang, Dont’ Breathe menceritakan tiga sekawan yang cuba merompak rumah yang didiami seorang lelaki buta. Namun segalanya berubah, apabila lelaki buta itu memburu mereka.

Lakonlayar untuk sekuel akan datang ditulis oleh Sayagues dan Fede Alvarez (Evil Dead), manakala Sam Raimi dan Rob Tapert bertindak sebagai penerbit. 


Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee

Selepas Bocor Di Media Sosial, Sony Lancar Trailer & Poster ‘Kraven The Hunter’

Kakimuvee