
Awal tahun ini di CinemaCon, Sony Pictures mengumumkan bahawa filem yang memfokuskan kepada karakter dunia Spider-Man yang kurang dikenali, El Muerto sedang dalam pembangunan dan projek itu kini telah menyenaraikan seorang penulis dan pengarah.
Menurut The Wrap, pembikin filem Mexico Jonás Cuarón akan menerajui filem itu, manakala Gareth Dunnet-Alcocer (Blue Beetle) sedang merangka skrip.
Jonás, yang merupakan anak kepada pemenang Anugerah Akademi Alfonso Cuarón, sebelum ini mengarahkan Desierto tahun 2015 yang dibintangi oleh Gael García Bernal
Spin-off Spider-Man itu akan dibintangi pemenang Latin Grammy dan artis rakaman yang juga rapper, Bad Bunny sebagai Luchador Juan Carlos Sanchez.
Watak itu hanya membuat beberapa penampilan dalam buku komik, tetapi studio itu jelas memutuskan untuk mengembangkan sejarahnya dan menyesuaikannya dengan Bad Bunny, yang dikatakn sedang mencari “adiwira yang sesuai dengan dirinya sendiri.”
El Muerto akan menjadi adiwira Latin pertama yang mendapat filemnya sendiri dalam Marvel Universe Sony – yang juga mengandungi beberapa filem lain seperti Madame Web, Kraven the Hunter dan Spider-Woman.
Filem ketiga Venom juga telah disahkan sedang dalam pembangunan, bersama-sama dengan Spider-Man: Across the Spider-Verse Parts 1 dan 2.
Bad Bunny, aka Benito Antonio Martínez Ocasio, membuat penampilan sulungnya dalam dunia lakonan menerusi filem aksi terbaru Bullet Train, dan juga mempunyai beberapa pengalaman gusti setelah bertanding dalam dua perlawanan berprofil tinggi di WWE.
El Muerto mungkin kelihatan seperti pilihan yang luar biasa untuk menerajui filem solonya sendiri, tetapi peminat nampaknya sudah terbiasa dengan Sony Pictures yang sering membuat beberapa keputusan pelik pada peringkat ini.