Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Turut Berminat Untuk Beli Aset 21st Century Fox

Jika beberapa minggu yang lalu kecoh mengenai perbincangan diantara Disney dan 21st Century Fox untuk pembelian aset Fox yang memungkinkan watak-watak X-Men dipulangkan kembali kepada Marvel. Kini laporan terbaru dari laman web Variety dan The Hollywood Reporter mengatakan Sony Pictures Entertainment juga turut berminat untuk membeli beberapa aset yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

Antara aset yang menjadi perhatian Sony adalah division filem syarikat multinasional media tersebut, iaitu 20th Century Fox. Malah sumber dalaman Sony turut menyebut bahawa mereka berminat untuk membeli yang aset-aset yang dimahukan oleh Disney. Selain itu juga, syarikat Verizon dan Comcast juga dilaporkan untuk membeli aset-aset yang dimiliki oleh 21th Century Fox, tetapi tidak mendedahkan secara terperinci aset manakah yang mahu dibeli oleh kedua-dua syarikat tersebut.

21th Century Fox sebelum ini dilaporkan mahu menjual beberapa aset penting mereka seperti division filem kepada syarikat-syarikat yang berminat  dan hanya mahu fokus terhadap perniagaan media massa dan sukan.

Kemudian terdapat pendedahan mengenai perbincangan Disney dan 21th Century Fox dalam pembelian division filem yang memungkinkan karakter-karakter X-Men dan Fantastic Four kembali ke pemilik asal iaitu Marvel Studio. Namun perbincangan diantara kedua-dua syarikat besar tersebut terhenti seketika.

Peminat-peminat filem Marvel kini sabar menantikan berita gembira mengenai penjualan karakter X-Men dan Fantastic Four kepada pihak Disney agar impian mereka untuk melihat karakter-karakter Marvel milik Fox dapat muncul dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe tercapai.

Namun jika Sony benar-benar berminat untuk membeli asset-asset filem FOX, peminat mungkin akan melihat perang diantara kedua-dua syarikat tersebut untuk memiliki karakter Marvel yang sememangnya laku dalam dunia sinematik. Fox pula pasti akan meletakkan harga yang tinggi sekiranya mahu menjual karakter Marvel milik mereka kepada Sony dan Disney.

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee