Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Tunda Tarikh Tayangan “Morbius” Lakonan Jared Leto


Memandangkan pandemik global masih belum reda, studio Sony Pictures mengumumkan bahawa filem superhero Marvel Morbius lakonan Jared Leto, terpaksa ditunda dari 19 Mac ke 8 Oktober 2021, lapor Variety.

Diperkenalkan buat pertama kali dalam komik The Amazing Spider-Man #101 pada tahun 1971, Dr. Michael Morbius, seorang pakar dalam bidang biokimia cuba untuk memulihkan penyakit darah yang aneh dengan mendedahkan darahnya pada kelawar ‘vampire’.

Namun begitu, pendedahannya pada kelawar itu telah menyebabkan dia bertukar menjadi individu yang dahagakan darah, dan mempunyai ciri-ciri serta abiliti seperti ‘vampire’. Sebagai karakter antihero, Morbius pernah menyertai beberapa kumpulan superhero seperti S.H.I.E.L.D., Legion of Monster, A.R.M.O.R dan Agents of Wakanda.

Turut menyertai Leto adalah Matt Smith sebagai Loxias Crown, Adria Arjona sebagai Martine Bancroft, Jared Harris sebagai mentor Morbius dan Tyrese Gibson sebagai Ejen FBI

Morbius merupakan salah satu projek spin-off Spider-Man yang dirancang Sony, termasuklah sekuel Venom dan projek rahsia yang akan diarahkan oleh Olivia Wilde.



Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee