Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Tunda Pembikinan Filem Silver & Black

Sony dilaporkan telah menarikbalik tarikh tayangan filem Silver & Black dari kalender mereka. Filem superhero dari ‘universe’ Spider-Man itu sebelum ini telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 8 Februari 2019.

Filem Silver & Black telah memilih pengarah filem Love and Basketball, The Secret Life of Bee, Gina Prince-Bythewood sebagai pengarah, malah beliau juga menulis draf skrip filem ini bersama-sama Christ Yost dan Lisa Joy-Nolan. Amy Pascal dan Mat Tolmac bertindak selaku penerbit.


Silver & Black merupakan filem adaptasi komik dari karakter Silver Sable & Black Cat. Kedua-dua tersebut merupakan karakter wanita dan muncul dalam universe Spider-Man. Black Sable mula diperkenalkan dalam komik The Amazing Spider-Man #265 pada tahun 1985 manakala Black Cat dalam komik The Amazing Spider-Man #149 pada tahun 1979.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan bila projek ini akan diteruskan. Tetapi Sony dilaporkan akan mencari tarikh baru yang sesuai.

Related posts

Henry Cavill Dilaporkan Menolak Tawaran WB untuk Kembali sebagai Superman

Kakimuvee

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Leave a Comment