Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Tayangkan Semula Filem Once Upon a Time in Hollywood Dengan Beberapa Babak Terbaru

Selepas berjaya meraih $360 juta dolar seluruh dunia sejak ia ditayangkan pada akhir Julai yang lalu, Sony Pictures mengumumkan secara rasmi bahawa filem kesembilan Quentin Tarantino, Once Upon a Time in Hollywood akan ditayangkan semula dipawagam dengan penambahan beberapa babak terbaru.

Tayangan semula itu akan menampilkan 4 babak yang tidak pernah dipertontonkan dan berdurasi selama 10 minit. Namun tayangan tersebut hanya akan dibuat di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja bermula 25 Oktober ini.

Once Upon a Time in Hollywood mengisahkan tentang  Rick Dalton (lakonan Leonardo DiCaprio) seorang bintang televisyen yang ingin menceburi perniagaan yang berkaitan dengan dunia perfileman. Pembantunya, Cliff Booth (lakonan Brad Pitt) yang juga merupakan pelakon lagak ngeri beliau juga ingin menceburi perniagaan yang sama.

Bagaimanapun, jirannya iaitu seorang aktres, Sharon Tate telah dibunuh oleh pengikut Charles Manson bersama empat lagi individu yang turut berada dalam rumah aktres tersebut. – Kejadian pembunuhan Sharon Tate dan rakanya itu telah menjadi latarbelakang jalan cerita filem ini.

Filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat yang lain seperti Margot Robbie, Burt Reynolds, Timothy Olyphant, Michael Madsen, Tim Roth, Damian Lewis, Luke Perry, Emile Hirsch, Dakota Fanning, Clifton Collins, Keith Jefferson, Nicholas Hammond, James Marsden, Julia Butters, Scoot McNairy dan Al Pacino

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee