Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Tawar Watak Kraven the Hunter Kepada Keanu Reeves


Bintang Hollywood Keanu Reeves telah ditawarkan peranan dalam Sony Spider-Verse sebagai penjahat klasik Spider-Man, Kraven the Hunter.

Menurut Illuminerdi (via CBR), Reeves telah ditawarkan peranan itu untuk filem solonya sendiri, dan projek tersebut dirujuk sebagai Kraven. Laporan itu turut menyatakan bahawa Kraven digambarkan sebagai ‘mashup’ antara Logan dan Man on Fire. Buat masa ini, keputusan akhir masih belum dibuat oleh Reeves atau Sony.

Kraven akan menjadi satu lagi filem dalam ‘Sony Pictures Universe of Marvel Characters’ (SUMC), menyertai Venom: Let There Be Carnage (dibintangi oleh Tom Hardy) dan Morbius (dibintangi oleh Jared Leto), yang mana kedua-duanya akan dilancarkan pada tahun 2021 dan 2022.

J.C. Chandor (Triple Frontier) telah dipilih sebagai pengarah untuk projek Kraven pada Ogos 2020, dan dia menjadi pilihan utama Sony untuk membawa penjahat Spider-Man itu ke layar perak.

Dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko, Kraven membuat debutnya pada tahun 1964 dalam komik “The Amazing Spider-Man #15″, tetapi mula terkenal menerusi komik “Kraven’s Last Hunt” yang diterbitkan pada 1987. Sebagai pemburu, Kraven meletakkan sasarannya pada Spider-Man sebagai hadiah berikutnya untuk membuktikan bahawa dia adalah pemburu terhebat di dunia.


Matt Tolmach dan Avi Arad akan menjadi penerbit, manakala tarikh tayangan masih belum ditetapkan Sony.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee