Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Pictures Umumkan Tarikh Tayangan Sekuel Spider-Man: Into the Spider-Verse

Sony Pictures telah mengumumkan tarikh tayangan filem sekuel Spider-Man: Into the Spider-Verse, iaitu pada 8 April 2022. Pengumuman dibuat menerusi video yang dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi filem animasi tersebut.

Spider-Man: Into the Spider-Verse telah ditayangkan pada tahun lepas telah berjaya menerima pengiktrifan Oscar dengan mengondol anugerah Filem Animasi Terbaik. Disamping itu juga, filem animasi arahan Bob Persichetti, Peter Ramsey, dan Rodney Rothman ini turut sukses dipentas box office apabila berjaya meraih $350 juta dolar seluruh dunia.

Filem animasi ini memperkenalkan Miles Morales sebagai generasi baru Spider-Man. Ia dibintangi pelakon Shameik Moore yang membawa suara Miles. Dia turut disertai Liev Schreiber sebagai Kingpin, Mahershala Ali sebagai Aaron, pakcik kepada Miles, Brian Tyree Henry sebagai ayah Miles, Jefferson, Luna Lauren Velez sebagi Rio, Lily Tomlin sebagai Aunt May serta Hailee Steinfeld sebagai Spider-Gwen, Jake Johnson sebagai Peter Parker, Kimiko Glenn sebagai SP//dr aka Peni Parker;  John Mulaney sebagai Spider-Ham; dan Nicolas Cage sebagai Spider-Man Noir.

Skrip filem pertama ditulis oleh Phil Lord dan diterbitkan secara bersama oleh Avi Arad, Amy Pascal, Christoper Miller dan Christina Steinberg.

Related posts

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee