Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Sony Pictures TV Bakal Terbitkan Siri Marvel Live Action SILK

Sony Pictures Television sedang bangunkan siri Marvel live-action Silk dengan penulis Good Trouble dan Atypical, Lauren Moon dalam rundingan untuk menghasilkan lakonlayar untuk siri tersebut. 

Silk, atau nama sebenarnya Cindy Moon, adalah rakan sekelas Peter Parker berketurunan Korea-Amerika. Dia pertama kali diperkenalkan dalam buku komik The Amazing Spider-Man # 1 pada tahun 2014. Seperti Parker, dia digigit oleh labah-labah radioaktif, yang memberinya kemampuan untuk bergerak dengan kecepatan yang luar biasa, menembak jaring dari ujung jarinya, dan memiliki Spider-Sense lebih maju yang dikenali sebagai Silk Sense.

Watak Cindy Moon pernah muncul dalam filem Spider-Man: Homecoming dan Avengers: Infinity War dan dilakonkan oleh Tiffany Espensen. Pencarian pelakon untuk peranan televisyen masih belum diumumkan.

Phil Lord dan Chris Miller akan menjadi penerbit eksekutif bersama-sama bekas ketua Sony Pictures Entertainment, Amy Pascal. Amazon dilaporkan sedang dalam rundingan untuk mendapatkan siri ini dan memasukkannya dalam senarai kandungan hiburan mereka. 

 

Related posts

Shadow and Bone 10: Everything you need to know before traveling to the Grishaverse on 23 April

Kakimuvee

Siri “The Lord of the Rings” Menjadi Rancangan TV Paling Mahal Yang Pernah Dibuat … Hanya Untuk Satu Musim

Kakimuvee

Pandangan Pertama Bennet, Cameron & Perrault Sebagai Powerpuff Girl

Kakimuvee

Cartoon Network Bawa Pengembaraan Galaksi Luar Biasa Dalam Siri Baharu Elliott From Earth

Kakimuvee

“The Falcon and The Winter Soldier” Dedah Video Panjang Zemo Menari

Isqandar

Pandangan Pertama Siri Live-Action “Powerpuff Girls” Telah Didedahkan, Penggambaran Sudah Bermula

Kakimuvee