Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Pictures Rancak Berkempen Untuk Menyenaraikan Baby Driver Ke Anugerah Oscar

Sony Pictures kini sedang rancak berkempen untuk menyenaraikan filem terbaik mereka tahun ini, Baby Driver ke pencalonan Oscar akan datang. Pihak Sony dilaporkan telah menghantar 11 pencalonan kategori untuk festival Anugerah Oscar termasuklah untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Filem Baby Driver telah menerima kritikan positif dari pengkritik filem dan juga peminat – malah peminat juga memuji gaya filem yang cukup menarik dan soundtrack yang cukup rancak.

Pengarahnya, Edgar Wright yang juga pengarah filem Shaun of the Dead, Scott Pilgrim vs The World dan Hot Fuzz sememangnya seorang pengarah yang sangat-sangat kreatif, dan bijak meng’synchronize’kan rentak lagu dan aksi-aksi dalam filem-filem arahannya.

Selain daripada pencalonan untuk kategori Best Pictures dan Best Director, Sony juga turut berkempen untuk menyenaraikan Baby Driver dalam beberapa kategori antaranya, Best Film Editing, Best Cinematography, Best Sound Editing, Best Sound Mixing, dan juga Best Visual Effects.

Baby Driver yang ditayangkan pada Jun yang lalu telah berjaya mengutip $226.9 juta dolar berbanding modal pembikinan filem sebanyak $34 juta. Rottentomatoes telah memberi rating sebanyak 93% untuk filem ini manakala IMDb telah memberi rating sebanyak 7.8/10.

Kepada yang pernah menonton filem lakonan Ansel Elgort dan Lily James ini, adakah anda rasa filem ini layak bertanding dalam Anugerah Oscar akan datang?

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment