
Syarikat pengedar filem Sony Pictures Entertainment Malaysia telah mengumumkan tarikh tayangan filem-filem terbaru mereka.
Filem animasi sekuel Peter Rabbit 2: The Runaway telah ditukar tarikh tayangannya dengan satu lagi filem animasi Hotel Transylvania: Transformania. Sony Pictures Malaysia kini menetapkan tarikh tayangan Peter Rabbit 2 pada 28 Oktober manakala filem keempat Hotel Transylvania akan memulakan tayangannya pada 2 Disember 2021.
Sementara itu, filem yang dinantikan Don’t Breathe 2 akan ditayangkan pada 30 September, diikuti filem sekuel Venom: Let There Be Carnage pada 14 Oktober 2021. Filem Sony / Marvel Studios Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan pada 16 Disember 2021.
Berikut adalah senarai tarikh tayangan filem-filem terbaru Sony Pictures.
2021
- Don’t Breathe 2 – 30 September
- Escape Room: Tournament of Champions – 7 Oktober
- Venom: Let There Be Carnage – 14 Oktober
- Peter Rabbit 2: The Runaway – 28 Oktober
- Ghostbusters: Afterlife – 11 November
- Resident Evil: Welcome to Raccoon City – 25 Disember
- Hotel Transylvania: Transformania – 2 Disember
- Spider-Man: No Way Home – 16 Disember
2022
- A Man From Toronto – 13 Januari
- Sony/ Marvel Morbius – 28 Januari
- Uncharted – 17 Februari
- A Journal for Jordan – 10 Mac
- Bullet Train – 7 April
- Where The Crawdads Sing – 23 Jun
- Oh Hell No – 14 Julai
- Lyle, Lyle, Crocodile – 21 Julai
- Spider-Man: Into the Spider Verse Sequel – 6 Oktober
- The Nightingale – 29 Disember