Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Sony Pictures Lancar Trailer Rasmi ‘Hotel Transylvania: Transformania’

Sony Pictures telah melancarkan trailer rasmi Hotel Transylvania: Transformania untuk ansuran terakhir francais animasi mereka, yang dibintangi oleh Andy Samberg dan Selena Gomez.

Video itu menampilkan Johnny Samberg ketika dia berusaha mendapatkan penerimaan penuh Drac dengan berubah menjadi monster. Namun, apabila alat transformasinya tidak berfungsi, Drac bersama dengan monster lain di hotel mereka akan melalui beberapa transformasi yang tidak dijangka – iaitu berubah menjadi manusia. Anda boleh trailer tersebut dibawah.


Berikut adalah sinopsis Hotel Transylvania: Transformania:

“When Van Helsing’s mysterious invention, the “Monsterfication Ray”, goes haywire, Drac and his monster pals are all transformed into humans, and Johnny becomes a monster! In their new mismatched bodies, Drac, stripped of his powers, and an exuberant Johnny, loving life as a monster, must team up and race across the globe to find a cure before it’s too late, and before they drive each other crazy. With help from Mavis and the hilariously human Drac Pack, the heat is on to find a way to switch themselves back before their transformations become permanent.”

Filem terakhir tidak akan menampilkan Adam Sandler sebagai pelakon utama dan suara Dracula, setelah menyuarakan watak itu dalam tiga filem pertama. Watak Dracula kini disuarakan oleh Brian Hull, yang pertama kali mengambil alih perana itu dalam filem pendek Monster Pets yang baru dilancarkan. Walaupun tidak menampilkan Sandler, pelakon utama francais Selena Gomez, yang telah menyuarakan peranan Mavis dalam setiap filem, tetap kembali untuk filem keempat dan turut berfungsi sebagai penerbit eksekutif.

Filem ini turut dibintangi Andy Samberg, David Spade, Molly Shannon, Steve Buscemi, Keegan-Michael Key, Asher Blinkoff, Fran Drescher, Kathryn Hahn, dan Jim Gaffigan bersama Brad Abrell.

Hotel Transylvania: Transformania diarahkan oleh Jennifer Klushka dan Derek Drymon, berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Amos Vernon, Nunzio Randazzo, dan pencipta francais Genndy Tartakovsky, yang sebelum ini mengetuai pembikinan tiga filem pertama. Penerbit eksekutif adalah Tartakovsky dan Michelle Murdocca dengan Alice Dewey Goldston berfungsi sebagai penerbit. 

Hotel Transylvania: Transformania akan ditayangkan di pawagam pada 23 Julai ini.

Related posts

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Leave a Comment