Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Pictures Kongsikan Poster Pertama Filem Sekuel Ghostbusters: Afterlife 2


Sempena meraikan Ghostbuters Day, Sony Pictures UK telah kongsikan teaser poster pertama Ghostbusters: Afterlife 2. 

Dalam tweet baharu, Sony Pictures UK berkongsi poster untuk filem yang akan datang. Imej itu mempamerkan logo ikonik Ghostbusters yang beku sepenuhnya. Tiada kapsyen atau sebarang mesej susulan dihantar, dengan peminat dibiarkan untuk membuat spekulasi mengenai maksud poster itu.

Setakat ini tiada info mengenai sekuel akan datang, tetapi gambar terbaru dari set penggambaran menggoda kepulangan bintang William Atherton, Ernie Hudson, dan Paul Rudd.

Dengan penggambaran ditetapkan di New York, filem itu akan membawa pelakon utamanya kembali ke lokasi asal Ghostbusters.

Anda boleh lihat poster Ghostbusters: Afterlife 2 dibawah:


Sekuel Ghostbusters: Afterlife  — yang mempunyai tajuk kerja Firehouse — dijadualkan tiba pada 20 Disember 2023. Filem tersebut akan berentap dengan beberapa projek berprofil tinggi seperti Wonka dan Aquaman and the Lost Kingdom. 

Ghostbusters: Afterlife 2 diarahkan oleh Gil Kenan daripada lakon layar yang dia tulis bersama dengan Jason Reitman.

Bab seterusnya dalam kisah keluarga Spengler juga akan menampilkan kepulangan pelakon utama, termasuk Carrie Coon, Paul Rudd, dan Mckenna Grace.


Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee

Selepas Bocor Di Media Sosial, Sony Lancar Trailer & Poster ‘Kraven The Hunter’

Kakimuvee