Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Pictures Jelaskan Rumor Tobey Maguire & Andrew Garfield Sertai Spider-Man 3

Awal minggu lalu, peminat MCU, khususnya Spider-Man digemparkan dengan berita tentang penglibatan Tobey Maguire dan Andrew Garfiled dalam filem Spider-Man 3Kedua-dua pelakon itu dikatakan bakal memainkan semula watak Spider-Man seperti yang mereka lakonkan dalam trilogi Sam Raimi Spider-Man dan The Amazing Spider-Man 1 & 2. 

Susulan khabar angin tersebut, pihak studio Sony Pictures tampil menjelaskan penglibatan Maguire dan Garfiled dalam filem akan datang. Dalam satu kenyataan yang cukup ringkas, Sony mengatakan semua rumor berkaitan pelakon tersebut adalah belum disahkan”.

Walaupun khabar angin tersebut tidak disahkan, ia tidak menolak potensi Tobey dan Garfield untuk muncul dalam filem Spider-Man yang dipimpin Tom Holland. Apapun, kita nantikan perkembangan terbaru Spider-Man 3. 

Spider-Man 3 menyaksikan Jamie Foxx kembali meneruskan peranannya sebagai Electro, manakala Benedict Cumberbatch akan membawa watak Doctor Strange dalam filem akan datang. Tom Holland dan Zendaya meneruskan peranan mereka sebagai Peter Parker dan MJ, manakala Jacob Batalon dan Marisa Tomei dijangka kembali meneruskan watak masing-masing.

Filem terbaru MCU / Sony ini diarahkan oleh  Jon Watts manakala Kevin Fiege dan Amy Pascal bertindak sebagai penerbit eksekutif. Spider-Man 3 akan ditayangkan dipawagam pada 5 November 2021.

Sumber: ComingSoon

Related posts

Luke Evans Sertai Tom Hanks Dalam Filem Disney+ “Pinocchio”

Kakimuvee

“Thor: Love and Thunder” Telah Mulakan Penggambaran Di Australia

Kakimuvee

Warner Bros. Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Seram Arahan James Wan “Malignant”

Kakimuvee

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Made-For-Theatre Movie ROALD DAHL’S THE WITCHES Premieres Exclusively on HBO GO in Malaysia From This Friday 29 January

Isqandar

1 comment

ExCrewPawagam October 22, 2020 at 11:44 am

alang2 bawak la sekali Kirsten Dunst >< hihi ….
hah dgn emma stone skali

Reply

Leave a Comment

Add your own review

Rating