Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Pictures Dedahkan Poster Karakter Jumanji: The Next Level


Sony Pictures telah melancarkan poster karakter Jumanji: The Next Level yang menampilkan avatar permainan video Jumanji. Anda boleh lihat poster-poster tersebut menerusi perkongsian laman Instagram rasmi Sony Pictures dibawah.

Tanpa pengentahuan rakan-rakannya, Spencer telah menyimpan serpihan permainan video Jumanji. Satu hari, rakan-rakan Spencer pergi ke rumah datuknya, dimana Spencer berada disana – dan mendapati Spencer telah hilang dan permainan Jumanji sedang berjalan. Mereka kemudian membuat keputusan untuk kembali dalam permainan tersebut.

Datuk Spencer, Eddie dan rakannya, Milo Walker mendengar perbualan remaja tersebut, dan mereka juga turut disedut masuk kedalam permainan Jumanji. Kumpulan remaja tersebut perlu menyelamat Eddie dan Milo mempelajari ‘avatar’ mereka dan dalam masa yang sama perlu mencari Spencer serta keluar dari Jumanji.

Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Ser’Darius Blain, Madison Iseman, Morgan Turner, dan Alex Wolff kembali sekuel kali ini, bersama-sama pendatang baru, Awkwafina, Danny Glover, dan Danny DeVito.

Jake Kasdan kembali mengarah filem ini manakala skrip ditulis oleh Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner. Jumanji: The Next Level akan menemui penonton pada 5 Disember 2019


 

View this post on Instagram

 

Gear up for this level up. Meet the players of #JUMANJI: THE NEXT LEVEL, in theaters December 13.

A post shared by Sony Pictures (@sonypictures) on


Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee

Selepas Bocor Di Media Sosial, Sony Lancar Trailer & Poster ‘Kraven The Hunter’

Kakimuvee