Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Sony Muatnaik Babak Pembukaan Filem Animasi The Emoji Movie Di Laman Youtube

Sony Animation memuatnaik sebahagian babak filem animasi terbaru mereka, Emoji, ke laman Youtube sebagai salah satu langkah promosi syarikat tersebut terhadap filem terbaru mereka itu.

Mereka telah memuatnaik babak pembukaan filem Emoji yang berdurasi 2.29 saat itu menunjukkan kehidupan di sebuah bandar yang penuh dengan karakter-karakter emoji yang biasa terdapat dalam handphone.

Filem animasi ini mengisahkan 3 sekawan iaitu Gene, Hi-5 dan Jailbreak yang mengembara ke sekitar aplikasi yang terdapat dalam handphone untuk mencari kod yang boleh membaiki Gene yang dilahirkan tanpa “filter” dan mempunyai banyak wajah ekspresi muka. Bagaimanapun dunia Emoji menjadi merbahaya apabila terdapat ancaman didalam handphone yang akan menyebabkan aplikasi Emoji dibuang dari telefon bimbit. Nasib dunia Emoji bergantung kepada mereka bertiga untuk menghalang ancaman yang mungkin akan menyebabkan mereka pupus selama-lamanya.

Selain Gene (T.J Miller), Hi-5 (James Corden) dan Jailbreak (Anna Faris), Filem The Emoji Movie juga turut dibintangi oleh Steven Wright sebagai Mel Meh, Maya Rudolph sebagai Smiler, Jennifer Coolidge sebagai Mary Meh, Jake T. Austin sebagai Alex dan Sir Patrick Stewart sebagai the Poop Emoji.\

The Emoji Movie akan ditayangkan di pasaran US pada 28 Julai 2017 dan diikuti tayangan Malaysia pada 17 Ogos 2017

Related posts

Tom Hardy Kongsikan ‘Deleted Scene’ ‘Venom’, Pra-Produksi Filem Ketiga Telah Bermula

Kakimuvee

DEADPOOL 3: Pembaca Bibir Dedah Apa Yang Diperkatakan Oleh Ryan Reynolds & Hugh Jackman

Kakimuvee

[VIDEO] Ryan Reynolds & Hugh Jackman Kongsikan ‘Spoiler’ Untuk Filem “Deadpool 3”

Kakimuvee

[VIDEO] Pandangan Pertama “Heart of Stone” Yang Menampilkan Gal Gadot & Alia Bhatt

Kakimuvee

Aksi-Aksi Belakang Tabir Dalam Klip Eksklusif “Extraction 2”

Kakimuvee

Netflix Dedah Video ‘Bloopers’ Stranger Things Musim 4

Kakimuvee

Leave a Comment