You are here Home » Sony Lancarkan Trailer ‘Red Band’ Zombieland: Double Tap

Sony Lancarkan Trailer ‘Red Band’ Zombieland: Double Tap

Sony Pictures telah melancarkan trailer ‘red band’ filem Zombieland: Double Tap yang turut memaparkan babak Wichita lakonan Emma Stone yang terkejut sambil mencarut kerana terdengar bunyi letupan kereta. Anda boleh saksikan trailer terbaru ini dipemain video dibawah.

Zombieland: Double Tap! menyaksikan pengarah, Ruben Fleischer serta penulis skrip, Rhett Reese dan Paul Wernick kembali terlibat dalam projek sekuel ini. Selain itu juga, pelakon asal iaitu Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone dan Abigail Breslin turut meneruskan watak masing-masing.

Sekuel kali ini menyaksikan Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock bergerak ke lokasi-lokasi penting di Amerika dan terpaksa menentang zombi yang semakin berkembang. Dalam masa yang sama mereka perlu berhadapan dengan kerenah masing-masing.

Turut membintangi filem ini adalah Bill Murray yang akan membawakan wataknya dari filem pertama, Zoey Deutch, Avan Jogia, Rosario Dawson, Thomas Middleditch, Luke Wilson dan Dan Aykroyd.

Filem Zombieland pertama yang diterbitkan pada tahun 2009 menjadi popular dikalangan peminat-peminat filem zombi dan telah berjaya meraih lebih $100 juta dolar.

BACA:  Trailer Terakhir Jurassic World: Fallen Kingdom Telah Dilancarkan

Zombieland: Double Tap akan menemui penonton di Malaysia pada 31 Oktober ini.

Loading...