Official Trailer

Sony Lancarkan Trailer Night Monkey Sempena Mempromosikan Pelancaran Versi Digital Spider-Man: Far From Home

Views

Sempena pelancaran versi digital Spider-Man: Far From Home, Sony Pictures telah melancarkan trailer parodi ‘Night-Monkey’ yang menyaksikan superhero baru telah muncul dikala malam mula tiba.

Alias ‘Night Monkey’ dicipta oleh rakan baik Peter Parker, Ned untuk melindungi identiti rahsia Parker semasa dia menjalankan misi menentang Elementals dengan menggunakan kostum halimunan yang diberikan oleh Nick Fury. Anda boleh saksikan trailer kelakar tersebut dipemain video dibawah.

Spider-Man: Far From Home ditetapkan selepas kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yanga menyaksikan Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah.

Filem ini dibintangi oleh Tom Holland yang memainkan peranan utama sebagai Peter Parker / Spider-Man, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal yang akan membawakan karakter Mysterio.

Turut kembali dalam Marvel Cinematic Universe adalah Cobie Smulders yang akan membawakan watak sebagai ejen Maria Hill dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

Spider-Man: Far From Home boleh didapati dalam versi digital manakala versi blu-ray dan DVD akan dilancarkan pada 1 Oktober ini.

BACA:  "Gergasi" Mengejar Dalam Klip Filem Ant-Man And The Wasp

Tinggalkan Balasan

shares