Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Kongsikan Gambar Terbaru “Uncharted”

Sony telah mendedahkan beberapa gambar terbaru dari filem adaptasi Uncharted lakonan Tom Holland dan Mark Wahlberg. Gambar-gambar tersebut menampilkan beberapa artifak, yang mungkin menjadi klu dimana Nathan Drake akan mencari artifak tersebut dalam filem akan datang. 

Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah. 

Uncharted merupakan prekuel kepada siri permainan video dimana ia akan menceritakan Nathan Drake (Tom Holland) yang pertama kali berhadapan dengan bakal rakannya, Victor Sullivan (Mark Walberg) dan akan membentuk cerita yang akan mengaitkan keseluruhan francais permainan video Uncharted.

Pengarah Zombieland dan Venom, Ruben Fleischer diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem ini. Menyertai Holland dan Mark Wahlberg adalah Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle. 

Berdasarkan permainan video aksi penggembaraan berjudul Uncharted: Drake’s Fortune yang dihasilkan Naughty Dog dan Sony Interactive. Ia membawa pemain menyertai penggembaraan keturunan pengembara terkenal Sir Francis Drake, iaitu Nate Drake – seorang pemburu harta karun yang menjumpa kota emas El Dorado yang terletak di Amerika Selatan. Pencariaannya bagaimanapun turut disertai musuhnya dan terpaksa berhadapan dengan makhkluk-makhluk menakutkan.

Uncharted akan ditayangkan pada 16 Julai 2021. 

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment