Sony Keluarkan Kenyataan Berhubung Penarikan Balik Spider-Man Dari MCU

7125
views

Semalam peminat-peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) dikejutkan dengan berita mengenai penarikan balik karater Spider-Man dari MCU. Semuanya gara-gara kegagalan perbincangan diantara dua studio besar iaitu Walt Disney Pictures dan Sony Pictures berhubungan terma baru yang dikemukankan oleh pihak Disney.

Bagi menjelaskan situasi yang berlaku, pihak Sony telah mengeluarkan kenyataan rasminya semalam. Anda boleh baca kenyataan penuh yang dikeluarkan di laman Twitter dibawah.

“Much of today’s news about Spider-Man has mischaracterized recent discussions about Kevin Feige’s involvement in the franchise,”

“We are disappointed, but respect Disney’s decision not to have him continue as a lead producer of our next live action Spider-Man film. We hope this might change in the future, but understand that the many new responsibilities that Disney has given him – including all their newly added Marvel properties – do not allow time for him to work on IP they do not own. Kevin is terrific and we are grateful for his help and guidance and appreciate the path he has helped put us on, which we will continue.”

Antara intipati dari kenyataan Sony itu, Marvel Studios dan Kevin Feige tidak terlibat perbincangan diantara kedua-dua studio besar itu. Menurut Sony lagi, beban tugas yang dihadapi oleh Kevin Feige selepas Disney membeli Fox dan perancangan siri televisyen Marvel Disney+ membuatkan Feige tidak dibenarkan untuk bekerja dengan harta yang bukan hakmilik Disney.

Disney dilaporkan telah meminta pembiayaan dan keuntungan bersama iaitu sebanyak 50/50 jika mahu Feige terlibat dalam projek ‘live action’ Spider-Man seterusnya. Bagaimanapun, permintaan Disney itu tidak dapat dipenuhi oleh Sony yang sekaligus berlakunya kontroversi diantara kedua-dua pihak.

Situasi yang berlaku menyaksikan Feige tidak lagi bertindak sebagai penerbit dalam dua filem Spider-Man akan datang, dan filem tersebut tidak akan menjadi sebahagian daripada MCU. Apapun diharapkan Disney dan Sony dapat mengenepikan perbezaan mereka demi peminat dan mengekalkan karakter Spider-Man dalam dunia MCU.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here