Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Permainan Video

Sony Keluarkan “Cyberpunk 2077” Dari PS Store

Sony telah mengeluarkan Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store “sehingga diberitahu kelak” dan mengesahkan bahawa mereka akan membuat bayaran balik kepada pemain yang membeli permainan itu di PS4 atau di PS5.

Laporan itu diterbitkan di IGN pada 17 Disember yang lalu, beberapa hari selepas Sony enggan membuat bayaran balik untuk permainan tersebut dan sebaliknya meminta pemain menghubungi staf sokongan CD Projekt Red untuk membuat aduan atau meminta bayaran balik.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan Sony:

“SIE strives to ensure a high level of customer satisfaction, therefore we will begin to offer a full refund for all gamers who have purchased Cyberpunk 2077 via PlayStation Store. SIE will also be removing Cyberpunk 2077 from PlayStation Store until further notice.

“Once we have confirmed that you purchased Cyberpunk 2077 via PlayStation Store, we will begin processing your refund. Please note that completion of the refund may vary based on your payment method and financial institution.”

Setelah dilancarkan, persoalan mula timbul mengenai strategi pemasaran Cyberpunk 2077, yang menunjukkan grafik PC tetapi menyembunyikan versi permainan PS4 dan Xbox One dari media. Ternyata, permainan itu bermasalah untuk permainan konsol dimana ia penuh dengan ‘bugs’, ‘glitches’ dan masalah prestasi yang lain – jauh dari gambaran visual yang menarik yang dijanjikan kepada pemain.

Sementara itu pembangun permainan video CD Projekt Red menyatakan hasrat untuk memperbaiki masalah yang timbul melalui ‘patches’ yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.

Related posts

Permainan Video Percuma Bulan Januari Untuk PlayStation Plus dan Xbox Live Gold

Isqandar

“Cyberpunk 2077” Catat Keuntungan Pada Hari Pertama, Cipta Rekod Pelancaran Terbesar PC

Isqandar

Tonton Trailer Spider-Man: Miles Morales

Kakimuvee

Ketakutan Menyelubungi Anda Dalam Trailer Resident Evil Village

Isqandar

Saksikan CG Pendek Yang Cukup Asyik Dari Permainan Video Star Wars: Squadrons

Kakimuvee

Leave a Comment