Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Dedah Tajuk Reboot “Resident Evil”

Sony Pictures dan Screen Gems akhirnya mengumumkan tajuk filem reboot “Resident Evil” arahan Johannes Robert, iaitu “Resident Evil: Welcome to Raccoon City”!

Dibintangi Kaya Scodelario dan Robbie Amell, filem ini akan mengadaptasi dua permainan video “Resident Evil” yang pertama, dan turut menampilkan watak-watak utama dari permainan tersebut termasuk Claire Redfield dan Chris Redfield. Reboot terbaru ini hadir setelah lima tahun sejak studio Sony Pictures mengakhiri siri filem “Resident Evil” yang dipimpin Milla Jovovich.

Judul ini sebenarnya pertama kali didedahkan oleh Roberts semasa wawancara dengan IGN baru-baru ini, di mana dia mengesahkan butiran terbaru mengenai adaptasi filem permainan video hit ini. Dia membicarakan tentang nada yang menakutkan dan suasana gelap sambil menggoda lokasinya yang menyeramkan.

“Perkara besar untuk filem ini adalah nada. Saya menggemari permainan ini kerana ia sangat menakutkan dan itulah yang saya mahukan”, kata Roberts. “Suasananya – hujan, sentiasa gelap, menyeramkan. Raccoon City adalah karakter busuk dalam filem ini dan suasana seperti permainan video itulah yang saya ingin masukkan dalam filem ini”.

Roberts juga menamakan John Carpenter sebagai inspirasi utamanya untuk “Resident Evil: Welcome to Raccoon City”, dengan menyebut “Assault on Precinct 13” dan “The Fog” sebagai dua filem yang membantunya mencipta suasana keseluruhan filem.

“Resident Evil: Welcome to Raccoon City” akan menjadi kisah ‘origin’ rasmi kepada francais permainan video seram keluaran Capcom dan akan ditetapkan pada tahun 1998, pada waktu malam di kota Raccoon City ketika Umbrella Corporation melepaskan neraka dunia dan segalanya bergantung kepada beberapa yang terpilih untuk menghentikannya. 

Barisan pelakon terdiri daripada Kaya Scodelario (The Maze Runner) sebagai Claire Redfield, Hannah John-Kamen (Ant-Man and the Wasp) sebagai Jill Valentine, Robbie Amell (Upload) sebagai Chris Redfield, Tom Hopper (Black Sails) sebagai Albert Wesker, Avan Jogia (Zombieland : Double Tap) sebagai Leon S. Kennedy, dan Neal McDonough (DC’s Legends of Tomorrow) sebagai William Birkin. Chad Rook (The Flash) dan Lily Gao (The Handmaid’s Tale) akan memainkan watak sampingan. 

Robert Kulzer menjadi penerbit untuk Constantin Films, bersama James Harris dari produksi Tea Shop Productions dan Hartley Gorenstein. Sony Pictures akan menjadi pengedar untuk pasaran antarabangsa.

Filem terakhir dalam francais pertama Resident Evil, Resident Evil: The Final Chapter arahan Paul W.S. Anderson dan lakonan Milla Jovovich berjaya mengaut $26.8 juta di pasaran US dan $285.4 juta dolar di pasaran antarabangsa.

Diadaptasikan dari permainan video keluaran Capcom, Resident Evil telah mengutip lebih $1.2 billion seluruh dunia, dan menjadi francais adaptasi permainan video paling laris setakat ini. 

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment