Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Dedah Poster Rasmi Pertama Spider-Man: No Way Home

Sony Pictures telah melancarkan poster rasmi pertama Spider-Man: No Way Home, yang memberi isyarat pertembungan ‘multiverse’ dalam filem akan datang.

Dalam poster tersebut, Spider-Man dilihat sedang bertarung, bukan satu, tetapi beberapa penjahat dari kumpulan ‘Sinister Six’. Selain dari tangan robotik Doctor Octopus, penonton juga dapat melihat pandangan pertama ‘Green Goblin’ (dibelah kanan/atas poster) serta petunjuk yang mengisyaratkan kehadiran penjahat ‘Sandman’ dan ‘Electro.’ 


Jamie Foxx dan Alfred Molina disahkan kembali sebagai Electro dan Doctor Octopus, manakala pelakon yang membawa watak Green Goblin ..  dan Sandman masih belum diketahui. Anda boleh lihat poster pertama Spider-Man: No Way Home dibawah. 

Spider-Man: No Way Home dibintangi Tom Holland yang akan memainkan watak sebagai  superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker. Dia turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Dijangkakan, kedua-dua mereka akan bergandingan untuk menentang Electro dan Doctor Octopus, kedua-duanya dilakonkan oleh Jamie Foxx dan Alfred Molina, dan antara penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.

Seperti WandaVision, No Way Home akan terikat dengan peristiwa Doctor Strange in the Multverse of Madness, arahan Sam Raimi. 

Entri ketiga Spider-Man MCU ini turut menampilkan kepulangan sebilangan besar pelakon dari filem sebelumnya seperti Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.

Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 16 Disember ini..

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment