Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Dedah Gambar Pertama Filem Sekuel “Escape Room: Tournament of Champions”

Sony Pictures telah mendedahkan pandangan pertama filem seram-ngeri Escape Room: Tournament of Champions. 

Escape Room: Tournament of Champions merupakan sekuel kepada filem hit Escape Room yang ditayangkan pada 2019. Pengarah filem terdahulu, Adam Robitel kembali menjadi pengarah untuk sekuel kali ini. Lakonlayar ditulis oleh Will Honley, Oren Uziel, Maria Melnik (Escape Room), dan Daniel Tuch, berdasarkan cerita oleh Honley, Christine Lavaf, dan Fritz Bohm.

Turut kembali dalam projek kali ini adalah Taylor Russell (Lost in SpaceBefore I Fall) dan Logan Miller (Love, Simon). Anda boleh lihat gaambar-gambar Escape Room: Tournament of Champions dibawah. 

Dalam filem kali ini, enam orang secara tidak sengaja mendapati diri mereka terkunci dalam satu lagi rangkaian bilik melarikan diri. Ketika cuba bertahan, mereka mula menyedari bahawa mereka semua pernah bermain permainan yang sama sebelum ini. 

Turut menyertai barisan pelakon adalah Indya Moore (Pose), Holland Roden (Teen Wolf), Thomas Cocquerel (The 100), dan Carlito Olivero (Bad Samaritan).

Escape Room: Tournament of Champions akan ditayangkan di pawagamm pada 16 Julai 2021.

Related posts

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Saksikan Reaksi Ethan Hawke & Oscar Isaac Terhadap Trailer “Moon Knight”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Leave a Comment