Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Berunding Dengan Edgar Wright Untuk Hasilkan Sekuel Baby Driver

Pengarah filem Baby Driver, Edgar Wright berkata, beliau telah dihubungi oleh pihak Sony untuk menulis dan mengarahkan sekuel filem arahannya, Baby Driver. Walaupun Sony tidak mengumumkan akan menghasilkan sekuel filem berkenaan, namun berita yang dikeluarkan dari mulut pengarah terbabit seolah-olah mengesahkan filem Baby Driver akan mendapat sekuel tidak lama lagi.

Filem Baby Driver yang sudahpun ditayangkan di Amerika telah berjaya mengutip $30 juta dolar di minggu pertama dan dijangka akan terus meningkat apabila ditayangkan diseluruh dunia termasuk Malaysia.


Filem yang dibintangi oleh Ansel Elgort itu telah menerima kritikan postif dari pengkritik filem apabila mendapat rating sebanyak 97% dilaman Rottentomatoes dan juga 86 markah dilaman Metacritic.

Baby Driver mengisahkan pemandu profesional Baby yang bekerja dengan sekumpulan perompak bank cuba untuk meninggalkan kerjaya jenayahnya itu dan lari bersama-sama teman wanitanya, seorang pelayan restoran bernama Deborah (Lily James). Bagaimanapun dia terpaksa berhadapan dengan masalah untuk meninggalkan kerjayanya itu apabila diburu oleh penjenayah-penjenayah.

Selain Ansel Elgort dan Lily James, Baby Driver turut dibintangi oleh Jamie Foxx, Jon Hamm, Kevin Spacey, Eiza González dan akan ditayangkan dipawagam Malaysia pada 20 Julai ini.

Related posts

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Leave a Comment