Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Berpeluang Memiliki Kesemua Karakter Utama Marvel


Sewaktu Marvel menjual karakter-karakter mereka kepada syarikat lain, Sony adalah antara syarikat yang berpeluang untuk membeli karakter dari siri komik popular itu. Menurut laman web Moviepilot, syarikat tersebut berpeluang untuk memiliki sejumlah besar karakter Marvel pada waktu itu, tetapi mereka lebih memilih untuk mendapatkan karakter Spider-Man dari memiliki karakter-karakter seperti Iron Man, Thor, Black Panther, dan banyak lagi.

Semasa pertengahan 1990, Marvel pada masa itu cuba mencari ‘rumah baru’ untuk karakter-karakter mereka sepertiĀ Iron Man,Ā Doctor Strange,Ā Thor,Ā Black Panther, dan banyak lagi. Semasa president Sony pada masa itu,Ā Yair Landau bertanyakan tentang karakter Spider-Man, Marvel melihat adalah lebih elok jika karakter-karakter Marvel diletakkan dibawah satu bumbung dan ketua Marvel pada masa ituĀ Ike Perlmutter telah memberi tawaran kepada pihak Sony untuk memiliki hampir kesemua karakter Marvel dengan harga $25 juta dollar atau $38 juta dollar nilai masa kini.

TetapiĀ Yair Landau tidak berminat untuk dapatkan karakter lain selain Spider-Man, jadi beliau menolak tawaran Marvel itu.

Kemudian, pada awal tahun 2000, Fox mula menghasilkan filem X-Men dan semenjak dari situ, bermulalah perlumbaah filem-filem Superhero. Marvel bermula agak lewat sedikit melalui filemĀ Iron ManĀ yang diterbitkan pada tahun 2008 dan Sony sudah mengikut jejak langkah Fox melalui filemĀ Spider-Man 1 yang diterbitkan pada tahun 2002.

Kini Sony dan Marvel bekerjasama dalam menerbitkan filem-filem Superhero Marvel. Kejayaan Disney membeli 20th Century Fox telah mengembalikan watak-watak Marvel ke pangkuan asal dan kini hanya tinggal karakter Spider-Man sahaja yang masih berada dibawah bumbung Sony. Harapan untuk melihat karakter Spider-Man pulang ke pangkuan Marvel tampak sukar selepas kejayaan filemĀ Spider-Man: Homecoming,Ā walaubagaimanapun kedua-dua studio masih bekerjsama dalam penghasilan filem Marvel yang melibatkan karakter Spider-Man dan Sony juga sendiri sudah mencipa universe Marvel mereka sendiri dengan menerbitkan filem pertama spider-verse mereka iaitu Venom


Apapun, kesilapan Sony tidak menerima tawaran Marvel itu nyata merugikan mereka kerana Marvel kini berjaya mencipta keuntungan berlipat kali ganda menerusi filem-filem superhero Marvel yang mereka miliki.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Ɓlvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee