Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Bakal Hasilkan Filem Reboot ANACONDA!


Walaupun tidak mendapat tempat dihati pengkritik, filem terbitan Sony,┬áAnaconda┬áyang ditayangkan pada 1997 telah memberikan pulangan yang cukup lumayan buat studio tersebut dan menjadi ‘cult classic’ dikalangan peminat sepanjang 20 tahun selepas tayangannya.

Kini, pihak studio Sony dilaporkan bersedia untuk menghidupkan kembali francais Anaconda dengan menghasilkan filem reboot yang bakal ditulis penulis skrip Divergent, Evan Daugherty.

Setakat ini tiada butiran lanjut mengenai plot dan karakter dalam projak akan datang, termasuklah penerbit, pengarah atau pelakon.

Filem asal diterbitkan pada April 1997 mengisahkan tentang sekumpulan krew dokumentari yang sedang mencari puak yang hilang sepanjang Sungai Amazon. Mereka dibantu pemburu-ular, lakonan Jon Voight yang mempunyai niat tersendiri, iaitu menjejaki ular Anaconda. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila menjadi mangsa buruan ular gergasi yang menakutkan.

Anaconda menerima ulasan bercampur-campur dari para pengkritik dan kini hanya mendapat 40% rating dari laman Rotten Tomatoes, tetapi filem tersebut mendapat tempat dihati penonton dan berjaya meraih $135 juta dolar seluruh dunia berbanding modal pembikinan sebanyak $45 juta dolar. Barisan pelakonnya terdiri daripada Jennifer Lopez, Ice Cube, Jon Voight, Eric Stoltz dan Owen Wilson.


Sumber: Variety


Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee

Selepas Bocor Di Media Sosial, Sony Lancar Trailer & Poster ‘Kraven The Hunter’

Kakimuvee