Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Bangunkan Filem Live-Action ‘Gantz’

Menurut Deadline, Sony Pictures kini dalam proses membangunkan filem adaptasi aksi-nyata Gantz, berdasarkan siri manga popular dengan nama yang sama. Walaupun projek itu masih dalam pembangunan awal, pihak studio telahpun memilih pembikin filem dari Australia, Julius Avery untuk mengarahkan filem itu.

Avery terkenal dengan filem aksi seram tahun 2018 Overlord yang dibintangi oleh Wyatt Russell, dan Jovan Adepo. Selain filem Gantz, projek arahannya yang seterusnya ialah filem Van Helsing untuk Universal Pictures daripada penerbit James Wan, dan filem adiwira Samaritan lakonan Sylvester Stallone.

Pertama kali diterbitkan pada tahun 2000, Gantz ditulis dan diilustrasikan oleh Hiroya Oku. Ia berpusat di sekitar remaja Kei Kurono dan Masaru Kato, yang selepas meninggal dunia akibat kemalangan kereta api, telah mendapati diri mereka dibawa ke sebuah apartmen kosong di Tokyo bersama orang lain yang baru mati.

Tidak lama selepas itu, mereka mengetahui bahawa mereka telah disenaraikan untuk menjadi sebahagian daripada permainan pasca-kematian di mana mereka dipaksa untuk memburu dan membunuh makhluk asing yang lengkap bersenjata dengan pelbagai jenis senjata dan gajet futuristik.

Filem adaptasi ini akan ditulis oleh Marc Guggenheim, dengan Temple Hill akan menjadi penerbit. Ini menandakan usaha terbaharu Sony untuk mengadaptasi manga Jepun yang terkenal selepas mereka menyelesaikan produksi filem terbaru Brad Pitt, Bullet Train, yang berdasarkan dari novel Maria Beetle karya Kotaro Isaka. 

Penerbitan asal Gantz berlangsung dari 2000-2013 yang terdiri daripada 37 jilid. Sebelum adaptasi Sony yang akan datang, manga itu telah diadaptasikan dalam bentuk anime yang keudara selama dua musim, dan juga telah menerima dua filem aksi-nyata Jepun pada tahun 2011.

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment