Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Bakal Terbitkan Filem Madame Web


Satu perkembangan menarik dari buat peminat Spider-Man. Menurut laporan dari laman Collider, Sony Pictures telah meminta penulis skrip Morbius, Matt Sazaman dan Burk Sharpless untuk menulis skrip filem terbaru ‘Spider-Man Universe’, Madame Web. 

Buat masa ini tidak dipastikan siapa akan menerbitkan filem Madame Web, tetapi berkemungkinan Avi Arad dan Matt Tolmach mungkin mengambil tugas penerbitan memandangkan mereka berdua terlibat dalam projek Venom 2 dan Morbius. 

Dicipta oleh penulis Denny O’Neil dan pelukis John Romita Jr, Madame Web pertama kali membuat penampilan dalam komik Marvel menerusi komik The Amazing Spider-Man #210, pada tahun 1980. Dikenali sebagai Cassandra Webb, dia digambarkan sebagai seorang wanita tua yang buta, menderita penyakit neuromuskular kronik yang menjadikannya sukar untuk bergerak dan bernafas, dan sebagainya. Webb bergantung penuh kepada mesin sokongan hayat yang kelihatan seperti sarang labah-labah. Dia memiliki abiliti luarbiasa dan sering membantu Spider-Man untuk mencari mangsa-mangsa penculikan.

Perancangan filem Madame Web menandakan Sony Pictures kini semakin serius untuk mengembangkan sinematik Marvel mereka sendiri, lebih-lebih lagi selepas bercerai dengan Marvel Studios.

Sony kini sedang sibuk dengan projek filem Morbius dan Venom 2, manakala beberapa filem lain seperti SilkNightwatchBlack CatSilver Sable, dan Kraven kini berada dalam beberapa fasa pembangunan.


Setakat ini maklumat lanjut mengenai plot dan sebagainya masih belum didedahkan pihak Sony.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee