Berita

SONIC THE HEDGEHOG Sasar Kutipan $47 Juta Dolar Pada Minggu Pertama

Views

Filem live-action animasi Paramount Pictures, Sonic the Hedgehog mensasarkan kutipan diantara $41 hingga $47 juta dolar pada minggu pertama tayangannya, lapor laman Deadline. 

Filem adaptasi permainan video itu sepatutnya ditayangkan pada minggu lalu, tetapi reaksi negatif dari penonton terhadap rekabentuk karakter ikonik Sonic, telah menyebabkan Paramount menangguhkan tarikh tayangan bagi memberi masa kepada pihak produksi untuk memperbetulkan balik karakter utama itu.

Ditulis oleh Patrick Casey, Josh Miller dan Oren Uziel, Sonic The Hedgehog mengisahkan tentang Tom Wachowski, seorang anggota polis dari bandar kecil Green Hills dan membuat keputusan untuk membantu Sonic melarikan diri dari pihak kerajaan.  Jeff Fowler bertindak selaku pengarah untuk filem ini manakala Tim Miller sebagai penerbit eksekutif.

Sonic The Hedgehog dibintangi oleh Jim Carrey yang akan membawakan watak kepada musuh Sonic iaitu Doctor Robotnik/Eggman, James Marsden sebagai Tom Wachowski, anggota polis yang bekerjasama dengan Sonic untuk menumpaskan Doctor Robotnik. Pelakon lain adalah Adam Pally, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Neal McDonough dan  Ben Schwartz, suara untuk karakter Sonic.

Penonton bakal menyaksikan filem ini pada 14 Februari 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks