Berita

SONIC THE HEDGEHOG Cipta Rekod Filem Adaptasi Permainan Video!

Views

Filem live action animasi Paramount Pictures Sonic the Hedgehog berjaya melepasi sasaran kutipan apabila meraih $70 juta dolar pada minggu pertama tayangannya. Kutipan tersebut sekaligus mencipta rekod bagi filem adaptasi permainan video, mengatasi filem Warner Bros., Detective Pikachu yang meraih $54.4 juta pada minggu yang sama tahun lalu.

Dipasaran antarabangsa, filem arahan Jeff Fowler itu menambah $43 juta dolar pada minggu yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $113 juta dolar. Kutipan ini sangat memberangsangkan memandangkan Sonic the Hedgehog dihasilkan dengan modal pembikinan diantara $81 juta hingga $95 juta dolar, dan sudah tentu ia menjamin penghasilkan filem sekuel.

Sementara itu, filem terbaru Warner Bros. Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) semakin sukar untuk menambah kutipan tiket apabila hanya mampu meraih $19.9 juta pada minggu lalu. Kutipan domestik Amerika Syarikat kini hanya mencecah $62.2 juta dolar, dan jika dicampurkan dengan kutipan antarabangsa sebanyak $83.6 juta, ia berjumlah sebanyak $145.8 juta dolar.

BACA:  Pandemik Coronavirus Memaksa Tayangan Filem-Filem Blockbuster Ditunda

Filem arahan Cathy Yan itu memerlukan sekurang-kurangnya $100 juta dolar dipasaran domestik dan diantara $250 hingga $300 juta seluruh dunia untuk menjamin keuntungan.

Berikut adalah senarai top 10 Box Office domestik AS:

  1. Sonic the Hedgehog (Paramount) – $70M
  2. Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) (WB) – $19.9M
  3. Fantasy Island (Sony) – $14M
  4. The Photograph (Universal) – $13.3M
  5. Bad Boys for Life (Sony) – $13M
  6. 1917 (Universal) – $9.4M
  7. Parasite (Neon) – $6.8M
  8. Jumanji: The Next Level (Sony) – $5.5M
  9. Dolittle (Universal) – $6.3M
  10. Downhill (Fox Searchlight) – $5.1M

Tinggalkan Balasan

shares