Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Song Seung Heon & Jo Bo Ah Ditawarkan Peranan Dalam Filem Thriller “Hidden Face”

Song Seung Heon dan Jo Bo Ah telah ditawarkan peranan dalam filem terbaru bertajuk Hidden Face (tajuk literal). 

Agensi Song Seung Heon dan Jo Bo Ah telah mengeluarkan kenyataan bersama yang mengesahkan bahawa kedua-dua pelakon itu telah menerima tawaran berlakon dan kini sedang menelitinya. 

Hidden Face adalah filem thriller misteri yang mengisahkan tentang seseorang yang terperangkap di dalam bilik rahsia kekasih mereka di dalam rumah. Filem terbaru itu adalah ‘remake’ dari filem Sepanyol-Colombia dengan nama yang sama yang dibintangi oleh Martina Garcia dan Quim Gutierrez.

Penerbit Obsessed, Kim Dae Woo akan mengarahkan filem akan datang.

Sekiranya Song Seung Heon menerima peranan itu, dia akan kembali bergandingan dengan Kim Dae Woo selepas tempoh tujuh tahun. Karier Song Seung Heon mula bersinar selepas memberikan persembahan hebat dalam beberapa filem dan drama, termasuklah Miss Wife dan Voice 4.

Jo Bo Ah juga telah memberikan lakonan hebat dalam pelbagai projek seperti Forest dan Tale of thje Nine-Tailed. Kali terakhir dia muncul dalam filem adalah pada tahun 2014 apabila dia memainkan watak utama wanita dalam filem Innocent Thing.

Sumber: Soompi

Related posts

Drama Korea iQiyi Pertama ‘My Roommate is a Gumiho’ Catat 100 Juta Tontonan Serata Dunia

Zulaikha

5 Sebab ‘Raging Fire’ Menjadi Filem Yang Menarik Untuk Ditonton Pada Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Jin Wook Berjanji Untuk Lindungi Kwon Nara Dalam Teaser “Bulgasal” Yang Penuh Suspen

Zulaikha

Nikmati K-idola Terhebat Dalam Festival Muzik & Anugerah Di Astro

Kakimuvee

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Leave a Comment