Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Song Kang Ho & Lee Byung Hun Kembali Bergandingan Dalam Filem “Emergency Declaration”

 

Pelakon Song Kang Ho dan Lee Byung Hun disahkan akan kembali bergandingan dalam filem terbaru bertemakan bencana berjudul Emergency Declaration. 

Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi ia digambarkan sebagai filem yang melibatkan malapetaka kapal terbang yang akan memaparkan cerita yang mendebarkan dan kepelbagaian karakter.

Pengarah Han Jae Rim akan menerbitkan filem ini. Beliau pernah dianugerahkan Pengarah Baru Terbaik dan Anugerah Skrip Filem Terbaik di Festival Filem Blue Dragon pada tahun 2005 menerusi filem Rules of Dating. Filem noir arahannya berjudul The Show Must Go On turut memenangi anugerah Filem Terbaik di festival filem yang sama.

Ini merupakan kali keempat Song Kang Ho dan Lee Byung Hun bergandingan, dan pastinya jangkaan tinggi akan diberikan kepada prestasi lakonan kedua-dua pelakon itu.

Pra-produksi Emergency Declaration dijangka akan selesai pada tahun ini, dan akan ditayangkan awal tahun hadapan.

Related posts

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir

Zulaikha

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Kakimuvee

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Leave a Comment