Slot Asia

Song Kang-ho, Lee Byung-hun Bintangi Filem Aksi EMERGENCY DECLARATION

Views

Bintang Parasite, Song Kang-ho bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Emergency Declaration, sebuah filem aksi arahan Han Jae-rim. Aktor tersebut akan bergadingan dengan Jeon Do-yeon dan Lee Byung-hun, lapor portal Variety.

Filem yang turut ditulis oleh Han Jae-rim itu digambarkan sebagai sebuah filem blockbuster yang berkisarkan tentang sebuah kapal terbang yang terpaksa mengistiharkan pendaratan cemas selepas berlaku keganasan semasa penerbangan.

Jeon dikenali menerusi lakonannya dalam drama Secret Sunshine yang diterbitkan pada 2007, dan pernah memenangi anugerah Pelakon Terbaik di Cannes, serta terlibat dalam filem Untold Scandal dan The Housemate. Sementara Lee tidak asing dikalangan peminat Korea dan juga antarabangsa, dimana dia pernah terlibat dalam filem blockbuster Hollywood seperti G.I Joe untuk Paramount Pictures dan filem remake The Magnificent Seven arahan Antoine Fuqua.

Song sering menjadi pilihan pengarah Bong Joon-ho selepas membintangi filem Memories of Murder yang merupakan kerjasama pertama diantara kedua-dua pelakon dan pengarah itu. Dia kemudiannya muncul dalam filem-filem arahan Bong seperti The Host, Snowpiercer dan yang terbaru, Parasite yang berjaya mencipta kejutan di Anugerah Oscar baru-baru ini.

BACA:  Man Raja Lawak Memperuntukkan Wang Kemenangan MLM Sebanyak RM50 Ribu Untuk Bantu Golongan Yang Susah

Emergency Declaration kini dalam fasa pra-produksi dan mensasarkan tarikh tayangan hujung tahun ini.

Tinggalkan Balasan

shares