Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Song Kang Ho, Im Soo Jung & Ramai Lagi Bintangi Filem Mengenai ‘Pembikinan Filem’


Song Kang Ho, Im Soo Jung, Oh Jung Se, Jeon Yeon Been dan Jung Soo Jung (Krystal) akan membintangi filem terbaru arahan Kim Ji Woon bertajuk Spiderweb (tajuk literal).

Filem yang berlatarkan 70-an itu akan berpusat di sekitar pengarah Kim, (Song Kang Ho) yang tertekan untuk merakam semula babak akhir yang dipanggil ‘Spiderweb.’ Semasa penggambaran semula bermula, dia menghadapi tekanan dari pihak berkuasan penapisan dan kekeliruan di kalangan pelakon dan penerbit yang tidak memahami skrip baharu. 

Pengarah Kim sangat obses dengan idea untuk menghasilkan ‘Spiderweb’ sebagai karya agungnya, namun dia perlu berhadapan dengan semakan dari pihak berkuasa sebelum ia boleh difilemkan. Kim menghadapi pelbagai rintangan seperti pemeriksaan berkala dari kementerian kebudayaan yang sentiasa hadir di set, sikap tidak berkejasama pelakon yang diheret kembali ke set penggambaran tanpa memahami skrip baharu, tentangan dari syarikat produksi dan konflik jadual dengan projek yang lain. 

Im So Jung akan memainkan watak sebagai pelakon veteran Lee Min Ja, yang juga membawa peranan isteri kepada Kang Ho Se dalam filem arahan Pengarah Kim.

On Jung Se sebagai Kang Ho Se, pelakon yang membawa peranan utama dalam filem Pengarah Kim. Dia sangat popular tetapi mempunyai hubungan sulit walaupun sudah berkahwin. 


Yeon Yeo Been sebagai Shin Min Do, pengurus kewangan Shinsung Film, syarikat produksi disebalik penerbitan ‘Spiderweb.’ Dia merupakan pelajar luar negara di Jepun dan bertengkar dengan ibu saudaranya, yang juga penerbit filem it. Shin Min Do juga mempercayaai sepenuhnya visi Pengarah Kim dan membantunya mencapai karya agungnya.

Krystal memainkan watak Han Yoo Rim, seorang pelakon baru yang popularitinya tiba-tiba meningkat dan menjadi kunci penting kepada filem arahan Pengarah Kim. 

Spiderweb akan memulakan penggambaran pada Mac 2022.

Sumber: Soompi


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee