Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia Trivia

Song Kang Ho Bintang Filem Paling Terkenal Tahun Ini

Gallup Korea telah mendedahkan hasil tinjauan tahunannya mengenai bintang filem paling terkenal tahun ini.

Sejak 2007, Gallup Korea telah mengadakan tinjauan tahunan di mana peminat Korea Selatan akan memilih karakter paling terkenal setiap tahun. Pada tahun ini, lebih 1700 individu di seluruh Korea Selatan, yang berumur lebih 13 tahun telah ditinjau, dan ia merangkumi bintang variety/comedians dan atlet sukan.

Disebabkan pandemik COVID-19, industri filem di Korea Selatan dan seluruh dunia mengalami kemelesetan serius, dengan tayangan pawagam yang terhad, tarikh tayangan yang ditangguhkan, dan kesukaran untuk membuat penggambaran di lokasi.

Menurut Suruhanjaya Filem Korea, terdapat lima filem pada tahun 2019 yang melebihi 10 juta penonton filem di box office domestik, dan sekitar 50 filem yang melangkaui 1 juta penonton filem. Pada tahun 2020, jumlah itu menurun menjadi 17 filem yang melebihi 1 juta penonton filem, dan kehadiran tertinggi yang dicatatkan sepanjang tahun adalah filem The Man Standing Next, dengan 4.75 juta penonton filem. Sebaliknya, terdapat peningkatan ketara dalam penggunaan perkhidmatan streaming.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Song Kang Ho terpilih sebagai pelakon filem paling terkenal tahun ini dengan skor 27.8 peratus. Walaupun filem hit dan box office Parasite dirilis pada tahun 2019, filem ini menjadi berita utama di seluruh dunia apabila memenangi empat anugerah Oscar di Academy Awards, pada Februari 2020. Walaupun dia tidak muncul dalam sebarang filem pada tahun ini, Song Kang Ho tetap mengungguli pemilihan dan kehadirannya memberi impak yang besar dalam dunia filem Korea.

Di tempat kedua adalah Lee Byung Hun, yang membintangi The Man Standing Next. Dia juga secara konsisten membintangi filem-filem hit berprofil tinggi sepanjang kariernya dan menduduki tempat pertama dalam Tinjauan Gallup sebelumnya. 

Di tempat ketiga adalah Ma Dong Seok, seorang pelakon karismatik yang terkenal kerana membintangi filem dengan pelbagai genre. Dia muncul dalam filem bencana Ashfall pada akhir 2019, dan menjadi berita utama pada tahun lalu selepas dipilih untuk membintangi filem Marvel The Eternals bersama bintang Hollywood seperti Angelina Jolie.

10 teratas terus dikuasai pelakon lelaki, dengan Kim Hye Soo (No. 9) dan Lee Jung Eun (No. 10) satu-satunya pelakon wanita yang berjaya tersenarai. Dalam rekod Gallup Korea, kedudukan tertinggi yang dicapai pelakon wanita adalah menerusi Jeon Do Yeon yang menduduki tempat pertama pada 2007. Pada 2008, So Ye Jin, Kim Hye Soo da Jeo Do Yeo tersenarai dalam 10 teratas tangga kedua hingga empat.

Berikut adalah senarai pelakon yang menduduki 10 teratas: 

  1. Song Kang Ho (27.8 percent)
  2. Lee Byung Hun (14.0 percent)
  3. Ma Dong Seok (9.1 percent)
  4. Hwang Jung Min (7.5 percent)
  5. Jung Woo Sung (6.2 percent)
  6. Gong Yoo (5.9 percent)
  7. Ha Jung Woo (4.0 percent)
  8. Lee Jung Jae (3.6 percent)
  9. Kim Hye Soo (3.5 percent)
  10. Lee Jung Eun (3.4 percent)

Sumber: Soompi

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

New on Netflix: 19 – 25 April 2021

Isqandar

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

7 UPLIFTING STORIES THAT PROVE IT’S NEVER TOO LATE TO CHASE AFTER YOUR DREAMS

Zulaikha

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

Shadow and Bone 10: Everything you need to know before traveling to the Grishaverse on 23 April

Kakimuvee