Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Song Joong-Ki Sebagai Juruterbang Kapal Angkasa Dalam Trailer Space Sweepers


Bintang drama Descendants of the Sun, Song Joong-Ki bakal membintangi filem sains fiksyen bertemakan angkasa lepas berjudul Space Sweepers. Ini merupakan filem pertama Song Joong-Ki selepas tiga tahun menyepi dari dunia perfileman.

Space Sweepers merupakan filem pertama Korea tentang angkasa lepas. Ditetapkan pada 2029, filem ini berkisarkan tentang krew kapal The Victory yang cuba melepaskan diri dari kemusnahan Bumi. Song Joong-Ki akan memainkan peranan sebagai juruterbang kapal angkasa bernama Tae-Ho.

“Saya berkeinginan untuk membawa watak ini sebaik sahaja saya melihat skrip. Saya ingin jayakan watak Tae-Ho kerana personalitinya yang menyerlah.

“Biarpun penampilan luaran Tae-Ho nampak dingin, tetapi dia sebenarnya seorang yang peramah dan dia seorang yang bijak dalam menyelesaikan apa-apa masalah,” 

Turut menyertai barisan pelakon adalah i Kim Tae-Ri, Jin Seon-Kyu, Yoo Hae-Jin dan aktor British Richard Armitage, yang membintangi filem Korea pertamanya.

Filem yang menelan kos RM89 juta ini telahpun memulakan penggambarannya pada Julai hingga November tahun lalu, dan bakal ditayangkan pada 23 September ini.


Anda boleh saksikan video teaser dibawah yang memaparkan sebuah kapal angkasa yang dinamakan The Victory, berserta kru di dalamnya.

https://youtu.be/uH_KV_GYIKw

https://youtu.be/Dp8a1DmAdAU

Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee