Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Son Ye Jin Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru JTBC


Pelakon Son Ye Jin bakal muncul dalam drama terbaru JTBC.

Pada 15 April, media JoyNews24 (via Soompi) melaporkan bahawa aktres itu akan bintangi drama JTBC akan datang bertajuk 39 (tajuk literal).

Susulan dari laporan media itu, agensinya MSTeam Entertainment berkata, “dia telah menerima tawaran untuk bintangi drama ’39’, dan secara positif mempertimbangkan (tawaran itu)”.

39 adalah drama 12 episod mengenai kisah percintaan dan kehidupan seharian tiga rakan yang berada di ambang usia 40 tahun. Son Ye Jin telah ditawarkan peranan sebagai Cha Mi Jo, yang dibesarkan dalam suasana kaya dan sekarang ketua dermatologi klinik di Gangnam.

Turut sedang mempertimbangkan tawaran berlakon adalah Jeon Mi Do yang ditawarkan peranan sebagai guru, yang juga rakan kepada karakter Cha Mi Jo.


Drama ini akan ditulis oleh Yoo Young Ah, yang pernah terlibat dalam projek Encounter, Entertainer dan filem My Annoying Brother, manakala Kim Sang Ho (Run On) akan menjadi pengarah.

39 dijangka memulakan penggambaran pada pertengahan tahun ini.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee