Son Ye Jin, Hyun Bin Bintangi Filem Terbaru The Negotiation

0
81
views

Dua pelakon popular Korea, Son Ye Jin dan Hyun Bin bakal bergandingan dalam filem terbaru mereka yang berjudul The Negotiation. Kedua-dua mereka akan menjadi teraju utama filem jenaya ini.

Menurut pelakon Son Ye Jin, punca beliau bersetuju membintangi filem ini adalah kerana Hyun Bin.

"Faktor utama saya bersetuju untuk berlakon dalam filem ini adalah selepas Hyun Bin memberi maklum balas positif mengenai skrip The Negotiation. Saya terkejut juga apabila mendapat tahu dia berminat dengan naskhah ini. Ia sesuatu yang berbeza dari imej Hyun Bin sebelum ini,".

Menurut Son Ye Jin, walaupun mereka bergandingan, tetapi mereka tidak menjalani penggambaran bersama, sebaliknya mereka jalani penggambaran berasingan tetapi pada masa yang sama perlu melihat menerusi monitor.

Sementara itu, Hyun Bin pula mengakui tidak mudah untuk menjalani penggambaran berasingan pada masa sama namun ia berjaya dilakukan.

"Dia (Son Ye Jin) berjaya membuatkan saya berasa seperti berlakon dengannya betul-betul biarpun kami hanya melihat masing-masing menerusi monitor sahaja."

The Negotiation mengisahkan tentang seorang perunding tebusan Ha Chae Yoon (Son Ye Jin) yang memulakan sesi rundingan dengan Min Tae Gyu (Hyun Bin), seorang penjenayah yang merupakan dalang di sebalik situasi tebusan di Thailand.

Filem dijangka akan ditayangkan pada September depan.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here