Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Son Ye Jin Bintangi Drama Terbaru JTBC

Pelakon Son Ye Jin telah memutuskan projek seterusnya!

Agensi Son Ye Jin, MSTeam Entertainment telah mengesahkan bahawa pelakon itu akan membintangi drama terbaru JTBC yang bertajuk 39. 

“Son Ye Jin telah memutuskan drama JTBC yang akan datang, “39” sebagai projeknya yang seterusnya. Ini akan menjadi kepulangan pertamanya ke JTBC dalam tempoh tiga tahun selepas drama ‘Pretty Noona Who Buys Me Food.’ “

39 adalah drama 12 episod mengenai percintaan dan kehidupan seharian tiga rakan yang berada di ambang usia 40. Son Ye Jin akan memainkan peranan sebagai Cha Mi Jo, seorang wanita yang dibesarkan dalam lingkungan kaya dengan semua yang dia mahukan, dan sekarang dia adalah ketua dermatologi klinik di Gangnam.

Pelakon lain yang sedang dalam rundingan untuk membintangi drama tersebut adalah Jeon Mi Do, Ahn So Hee, Yeon Woo Jin, dan Lee Moo Saeng.

Setelah pencarian pelakon selesai, penggambaran drama tersebut akan bermula pada bulan Ogos. 39 akan diarahkan oleh Kim Sang Ho (Run On) dan ditulis oleh Yoo Young Ah (Encounter, Kim Ji Young, Born In 1982).

Sumber: Soompi

Related posts

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

Song Seung Heon & Jo Bo Ah Ditawarkan Peranan Dalam Filem Thriller “Hidden Face”

Zulaikha

Leave a Comment