Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Son Hyun Joo, Jang Seung Jo & Ramai Lagi Kembali Dalam Poster “The Good Detective” Musim 2

Lebih setahun sejak pengumuman Musim 2, The Good Detective akhirnya bersedia untuk muncul kembali.

Pada April yang lalu, JTBC mengesahkan bahawa The Good Detective bersedia untuk kembali dalam musim kedua dengan bintang utamanya, Son Hyun Joo dan Jang Seung Jo akan mengulangi peranan masing-masing. 


Dibintangi oleh Son Hyun Joo, Jang Seung Jo dan Lee Elijah, musim pertama The Good Detective menceritakan tentang kehidupan realistik detektif polis dalam usaha mereka untuk mendedahkan kebenaran dan konflik dari mereka yang cuba menyembunyikannya.

Drama ini berakhir pada Ogos 2020 dengan rating 7.469 peratus, hampir menyamai rating peribadi terbaik iaitu sebanyak 7.609 peratus.

Pada 28 Jun, JTBC memulakan kiraan detik untuk The Good Detective 2 dengan poster yang menarik dan mengulas, “Son Hyun Joo, Jang Seung Jo, dan Pasukan Kedua Jenayah Keganasan Polis West Incheon, akan menyambung semula siasatan mereka.”

Selepas lebih setahun sejak pengumuman Musim 2, pasukan penyiasat The Good Detective akhirnya kembali dan menjadi lebih baik. Pada musim yang akan datang, detektif baik dari Pasukan Kedua Jenayah Keganasan hanya akan menggunakan kebenaran untuk menentang penjahat bercita-cita tinggi yang melangkaui batas.

Poster baharu itu menampilkan Son Hyun Joo sebagai Kang Do Chang dan Jang Seung Jo sebagai Oh Ji Hyuk. Mereka juga disertai oleh rakan pelakon dari Musim 1 seperti Cha Rae Hyung sebagai Kwon Jae Hong, Jung Soon Won sebagai Ji Man Goo, Kim Ji Hoon sebagai Byun Ji Woong dan Kim Myung Joon sebagai Shim Dong Wook. Kapsyen itu berbunyi, “Mereka telah kembali untuk menjadi lebih kuat.”

Musim 2 The Good Detective telah selesai menjalani penggambaran pada Mei yang lalu dan kini sedang dalam fasa pasca-produksi. Drama ini dijadualkan tayangan pada Julai nanti. 

Related posts

Lee Jung Jae Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Hollywood Critics Association TV Awards

Zulaikha

Gambar-Gambar Terbaru SEOUL VIBE Menyerlahkan Lagi Latarbelakang 80-an Untuk Filem Aksi Terbaru Netflix

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

“Emergency Declaration” Catat Kutipan RM4 Juta Di Malaysia

Zulaikha

Filem Sulung Lee Jung Jae, “Hunt” Lepasi 1 Juta Penonton Di Korea Selatan

Zulaikha

Drama “Big Mouth” Catat Rating Tertinggi Sepanjang Tayangannya.

Zulaikha

Leave a Comment