Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Son Goku Ketuai Maskot Sukan Olimpik Jepun 2020

Sudah menjadi tradisi tuan rumah sukan Olimpik memiliki maskot untuk kejohanan sukan paling berprestij di dunia. Kebiasanya, negara-negara tuan rumah akan menggunakan haiwan sebagai maskot rasmi. Jepun juga tidak ketinggalan untuk mempunyai maskot bagi kejohanan yang akan berlangsung pada tahun 2020 akan datang.

Jepun yang menjadi tuan rumah untuk sukan Olimpik 2020 menggunakan pendekatan yang lebih menarik, menggunakan maskot-maskot berdasarkan siri anime terkenal Jepun dengan Son Goku mengetuai barisan maskot terbabit.

Naruto, One Piece’ Luffy, Shin Chan, Pretty Cure, Sailor Moon, dan Astroboy akan menyertai Son Goku yang telah dipilih menjadi maskot rasmi oleh Jawatankuasa Olimpik Jepun untuk kejohanan Sukan Olimpik yang bakal berlangsung pada 24 Julai 2020.

Sebelum ini, karakter Mario dan Pikachu telah digunakan semasa upacara penutup kejohanan Sukan Olimpik 2016 yang berlangsung di Brazil.

Agak-agak macamana rupa Son Goku yer nanti.

 

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment