Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Son Dam Bi Sertai Gong Hyo Jin & Kang Ha Neul Dalam Drama Terbaru “When Camellia Blooms”

Pelakon Son Dam Bi disahkan akan menyertai Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul dalam drama terbaru berjudul “When Camellia Blooms”. Ini merupakan drama pertama Son Dam Bi dalam tempoh 3 tahun selepas membintangi drama SBS, Mrs. Cop 2 yang diterbitkan pada tahun 2016.

Son Dam Bi akan memainkan peranan sebagai Hyang Mi, seorang yang dilihat agak sombong tetapi dapat merasakan sesuatu. Hyang Mi seorang sering bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu sehingga kadang-kala menghina orang lain. Disebabkan itu, orang disekeliling sering berkongsi pendapat mengenainya. Akibatnya, dia dapat mengetahui perasan sebenar orang lain.

“When Camellia Blooms” akan mengisahkan tentang seorang wanita bernama Dong Baek (Gong Hyo Jin) dan menunjukkan bagaimana kehidupannya menjadi tidak menentu disebabkan hubungannya dengan 3 orang lelaki termasuklah Hwang Yong Shik (Kang Ha Neul). 3 lelaki tersebut terdiri daripada lelaki yang baik, lelaki yang jahat dan yang kejam.

Pengarah drama Uncontrollably Fond, Cha Young Hoon dan penulis skrip Im Sang Choon terlibat dalam pembikinan drama ini. When the Camellia Blooms dijangka akan mula bersiaran pada September ini.

Related posts

“Sell Your Haunted House” & “Law School” Berakhir Dengan Rating Kukuh

Zulaikha

Park Ju Hyun, Kim Yeo Jin, Kim Do Yoon, & Jung Woong Bintangi Filem Aksi Bertajuk “Drive”

Zulaikha

“The Penthouse 3”, Park Bo Young No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama & Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“Youth Of May” Berakhir Dengan Rating Yang Mantap

Zulaikha

[TRAILER] Nevertheless Goda Kisah Romantik Antara Song Kang & Han So-Hee

Zulaikha

Jang Hyuk Bintangi Filem Aksi “The Child Who Deserves to Die”

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating