Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, dan Jo In akan membintangi drama pendek terbaru KBS.

Ketiga-tiga pelakon itu telah dipilih untuk membintangi drama pendek berjudul Three (tajul literal), yang merupakan sebahagian daripada siri UHD KBS Drama Special 2021 yang akan datang. Three adalah drama suspen thriller mengenai tiga rakan yang telah didera secara seksual dan bekerjasama 12 tahun kemudian untuk membalas dendam.

So Ju Yeon akan memainkan watak sebagai Kim Jong Hee, seorang wanita yang sentiasa bimbang sekiranya orang lain tahu bahawa dia pernah didera secara seksual pada masa lalu. Dia mengabaikan kesakitan dalamannya sendiri, sentiasa dalam penafian, dan ingin lebih daripada apa-apa untuk menjalani kehidupan biasa.

Jung Yi Seo berperanan sebagai Woo Hyung Joo, seorang wanita yang didera secara seksual oleh ayah tirinya. Bahkan rakan karibnya juga menjadi mangsa penderaan seksual, menyebabkan dia rasa bersalah. Untuk menamatkan semuanya sekali, dia menelefon rakan lamanya Kim Jong Hee dan Kang Bo Ri, 12 tahun selepas kejadian itu, untuk mengatur perjumpaan.

Jo In sebagai Kang Bo Ri, yang merupakan kanak-kanak yang cerdas, pintas dan memiliki masa depan yang cerah, sebelum kejadian hitam telah merosakkan hidupnya. Untuk mengembalikan hidupnya, dia bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk membalas dendam. 

Three dijangka keudara pada Disember ini.

Sumber: Soompi

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment