
Filem misteri thriller terbaru Confession telah mendedahkan trailer terbaru.
Dibintangi So Ji Sub, Nana dan Kim Yoon Jin, Confession adalah cerita yang berkisar pada seorang suspek kes pembunuhan dan penguamnya ketika mereka cuba merungkai kebenaran disebalik pembunuhan.
So Ji Sub berperanan sebagai Yoo Min Ho, presiden syarikat IT yang merupakan suspek utama kes pembunuhan. Kim Yoon Jin berperanan sebagai Yang Shin – peguam Yoo Min Ho – yang mencari kebenaran demi mengekalkan gelarannya sebagai peguambela yang tidak pernah tewas. Nana memainkan peranan sebagai Kim Se Hee, orang yang memegang kunci kebenaran.
Treler dibuka dengan Yoo Min Ho berusaha untuk kembali sedar. Entah bagaimana dia akhirnya menjadi suspek dalam kes pembunuhan, dan dia mengupah peguam yang kompeten, Yang Shin untuk membelanya. Yang Shin seperti meragui Yoo Min Ho dan berkata “Membuktikan tidak bersalah adalah tugas saya, tetapi saya memerlukan anda untuk benar-benar jujur dengan saya.” Walaupun dia berusaha untuk membuatkan Yoo Min Ho mengaku dirinya adalah pembunuh, lelaki itu tetap berkeras dengan menyatakan dia tidak bersalah.
Yang Shin mengulas perincian kes dengan Yoo Min Ho, dan malangnya, semua bukti menunjukkan kepadanya. Yoo Min Ho mendakwa ada lelaki lain di dalam bilik itu, tetapi Yang Shin enggan mempercayainya. Satu-satunya yang mungkin dapat membantunya ialah Kim Se Hee.
Setakat ini tarikh tayangan Confession masih belum didedahkan. Anda boleh saksikan trailer dibawah.
1 comment
bagi saya confession ni lebih sesuai utk tajuk rom-com je hahahahaha