Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Snowdrop” & “Bulgasal” Sertai Perlumbaan Rating Penonton


Dua drama terbaru, Snowdrop dan Bulgasal, telah sertai perlumbaan rating untuk drama hari minggu!

Pada 18 Disember, tayangan perdana drama terbaru JTBC Snowdrop, telah merekodkan rating 2.985 peratus, dan meningkat ke 3.898 peratus untuk episod kedua (yang ditayangkan pada 19 Disember). 

Ditetapkan di Seoul pada tahun 1987, Snowdrop menggambarkan kisah cinta antara Su Ho (Jung Hae In), seorang pelajar di universiti berprestij. Suatu hari, dia bergegas ke universiti wanita dengan berlumuran darah, dan Young Ro (BLACKPINK’s Jisoo), seorang pelajar di universiti wanita yang menyembunyikan dan menjaganya walaupun berdepan dengan bahaya. Drama terbaru ini boleh di strim di Disney+ Hotstar. 

Sementara itu, drama terbaru tvN Bulgasal telah merekodkan purata rating sebanyak 6.3 peratus dan 5.8 peratus untuk dua episod pertamanya, yang ditayangkan pada 18 dan 19 Disember yang lalu. 

Bulgasal adalah drama fantasi baharu yang dibintangi Lee Jin Wook sebagai Dan Hwal, bulgasal (makhluk mitos yang tidak boleh mati atau tua) yang pernah menjadi manusia berabad-abad yang lalu. Kwon Nara akan berperanan sebagai Min Sang Woon, seorang wanita yang berulang kali dijelmakan semula semasa melarikan diri dari bulgasal tetapi mengingati semua kehidupan lampaunya. Anda boleh saksikan drama terbaru ini di Netflix.


Untuk lain-lain drama, Bad and Crazyyang telah menayangkan episod pertamanya pada 17 Disember yang lalu, telah mencatatkan rating 3.7 peratus untuk episod kedua, yang ditayangkan pada 18 Disember. Drama OCN Chimera telah menamatkan rancanganya pada 19 Disember dengan episod terakhri merekodkan rating 2.4 peratus.

Drama MBC The Red Sleeve telah mencipta rekod peribadi apabila mencatatkan rating 13.3 peratus pada episod 12 (18 Disember). Rekod sebelum ini dicatatkan pada episod 11 (17 Disember) dengan rating 12.8 peratus.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee