Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Sneak Peek Terbaru Transformers: The Last Knight

Dalam artikel sebelum ini, kami ada menunjukan 3 sneak peek dari filem-filem yang bakal ditayangkan tahun ini antaranya Wonder Women, It dan Spider-Man: Homecoming. Ketiga-tiga sneek peek tersebut telah ditayangkan di majlis Anugerah MTV dan TV yang berlangsung semalam.

Filem Transformers: The Last Knight juga tidak ketinggalan untuk mempertontonkan trailer terbaru mereka di majlis penganugerahan itu. Sneek peek terbaru filem Transformers ini telah memaparkan beberapa karakter Transformers antaranya, watak baru dalam siri franchise tersebut iaitu Hot Rod, Bumblebee, Optimus Prime dan Hound

Transformers: The Last Knight mengisahkan peperangan yang sedang berlaku diantara manusia dan Transfromers semasa ketiadaan Optimus Primes. Kunci untuk menyelamatkan manusia terletak pada kisah lampau/sejarah Transformers semasa mereka berada di Bumi beberapa kurun yang lalu. Cade Yeager (Mark Wahlberg); Bumblebee; Sir Edmund Burton (Sir Anthony Hopkins); dan Vivian Wembley (Laura Haddock) mestilah merungkai kisah sejarah Transformers semasa di Bumi untuk menyelamatkan bangsa Manusia.

Transformers: The Last Knight turut dibintangi oleh Josh Duhamel sebagai Lieutenant Colonel Lennox, Stanley Tucci sebagai Joshua Joyce, Jerrod Carmichael sebagai Desi,dan Isabela Moner sebagai pelakon wanita utama, Izabella. Liam Carrigan (Once Upon a Time) juga muncul sebagai King Arthur.

Filem ini akan ditayangkan 21 Jun 2017

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar “Boston Strangler”

Kakimuvee

[TRAILER] The Flash: Barry Allen Terperangkap Dalam Realiti Alternatif Tanpa Metahuman.

Kakimuvee

Leave a Comment